Kelas Multimedia Canva

3 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 02 Jun 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan kad ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfiri. Mereka telah menggunakan laman Canva bagi melengkapkan kad ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Mereka juga menggunakan templet yang disediakan dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan kad ucapan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali